Monday 28 March 2016

DALIL HARI KEBANGKITAN ADALAH BENAR

Hari Kebangkitan adalah hari di mana manusia akan dihidupkan kembali setelah mati di hari akhirat kelak. Ia adalah satu janji yang pasti dari ALLAH swt. Bagaimanakah manusia yang telah mati begitu lama boleh dihidupkan kembali?

Orang-orang kafir tidak percaya akan hari kebangkitan dan mempersoalkan bagaimana orang yang telah mati dan  menjadi tanah boleh dihidupkan kembali.

** Maksud firman ALLAH dalam surah al-Mukminun ayat 82; "Mereka (orang-orang kafir) berkata; 'Apakah apabila kami telah mati dan kami  menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan (hidup) kembali?"

** Maksud firman ALLAH dalam surah ad-Dukhaan ayat 35; "Mati adalah mati kita yang pertama di dunia. Dan kita tidak akan sekali-kali dibangkitkan hidup lagi sesudah itu."

** Maksud firman ALLAH dalam surah an-Naml ayat 67; "Dan orang-orang kafir berkata; 'Adakah setelah kami menjadi tanah dan datuk nenek kami; adakah kami akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?"

ALLAH menjawab kata-kata mereka itu dengan firman-NYA dalam surah al-Waqi'ah ayat 52, yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang cipataan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan bahawa ALLAH (telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada) berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada Hari Akhirat kelak."
Dan dalam surah ar-Rum ayat 19, yang bermaksud; "ALLAH mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang  mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup; serta menghidupkan bumi setelah matinya. Dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur)."
Dan dalam surah al-Qiamah ayat 3 - 4; yang bermaksdu; "Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa KAMI tidak dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Tidak sebagaimana yang disangka itu, bahkan KAMI berkuasa menyusun tulang jejarinya."


No comments:

Post a Comment