Monday 28 March 2016

Keadaan manusia apabila dibangkitkan (hidup kembali).

Saat mula dibangkitkan manusia itu tiada bernyawa. Ia hanyalah jasad yang dibangkitkan kembali dari kuburannya. Roh manusia masih tertahan di Alam Kubur masing-masing. Lalu dengan perintah ALLAH roh-roh manusia dibebaskan untuk dikembalikan semula ke jasad masing-masing. Maka manusia itu akan hidup di Alam Masyar bersama roh dan jasad sama seperti ketika hidup di Alam Dunia ini.
Maksud firman ALLAH swt dalam ayat at-Takwiir ayat 6; "Dan apabila jiwa-jiwa dipadankan (roh dikembalikan kepada jasad)."

Manusia ketika dibangkitkan adalah tanpa pakaian. Keadaan mereka bergantung kepada amal-amal yang telah mereka sediakan semasa hidup di Alam Dunia. Mereka yang beriman dan yang beramal soleh akan dibangkitkan dalam keadaan sempurna dan diberi cahaya (Nur ALLAH). Cahaya ini akan melindungi aurat manusia beriman itu. (Bayangkan diri anda di tempat yang sangat gelap lalu ada satu pancaran cahaya yang sangat terang (seperti spotlight), dapatkah anda melihat apa yang ada disebalik cahaya yang sangat terang itu?) Begitulah diibaratkan Nur ALLAH itu menutup aurat manusia beriman ketika dibangkitkan.

Sementara mereka yang kafir dan durhaka akan mendapati diri mereka ketika dibangkitkan adalah dalam keadaan yang tersangat hina. Tiada apa yang dapat melindungi dan menutupi segala keburukan di tubuh mereka. Mereka akan merasa tersangat malu dan kesal yang tidak terhingga. Saat inilah mereka yang mungkar dan durhaka terhadap ALLAH merasa adalah lebih baik jika mereka menjadi tanah sahaja.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa umur manusia ketika dibangkitkan adalah sebaya umur Nabi Isa as ketika Baginda diangkat ke langit . Ketinggian manusia pada hari itu ialah 60 haster. Manusia di Alam Masyar tidak akan menjadi tua dan tiada lagi kematian yang menanti mereka.

Setelah roh dan jasad bersatu semula, maka hiduplah (bernyawa kembali) manusia itu. Adakah mereka perlu kepada udara untuk bernafas? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui kerana Alam Masyar tidak sama seperti Alam Dunia. Setelah bernyawa semula, sekelian manusia akan menuju ke satu tempat yang bernama 'Padang Masyar'. Di sini mereka semua akan berkumpul dan berhimpun untuk menunggu keputusan nasib masing-masing.



1 comment:

  1. ion titanium hair color - Tatiana Art
    ion titanium hair color. Tritanica. 3 out of 5 stars 12 stars. micro touch trimmer Tritanica. Tritanica. Tritanica. Tritanica. Tritanica. Tritanica. apple watch series 6 titanium Tritanica. Tritanica. titanium tools Tritanica. Tritanica. titanium linear compensator Tritanica. Tritanica. Tritanica. ceramic or titanium flat iron Tritanica.

    ReplyDelete