Proses kejadian manusia mengikut teori sains dapat disimplukan seperti rajah di bawah:
Teori sains menggariskan, bayi yang
di dalam kandungan akan menghrungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.
1) Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang
kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang
semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.
2) Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.
3) Tahap fetus
Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang
3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.
Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah
dan ibu membentuk janin dalam rahim ibu,
yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza
proses pertumbuhan janin manusia daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai manusia , terdapat perbezaan yang
asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan, perbezaan itu semakin hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi anak haiwan lebih cepat berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam setelah keluar daripada telur, ia akan boleh berjalan dan mencari makanan sendiri.
Akan tetapi, anak manusia memerlukan waktu yang
lebih panjang dan lama
untuk dapat mencari makan. Anak manusia memerlukan waktu yang
panjang untuk mendapat pendidikanbagi dapat berdiri sendiri .
Makin moden satu masyarakat, maka makin lama
masa yang
diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan warganya.
Anak haiwan tidak memerlukan pendidikan. Tindakan dan nauluri perbuatan haiwan berasas dan dikendalikan oleh naluri. Naluri ialah kemahuan tidak sedar dalam diri manusia, haiwan dan tumbuhan sejak ia lahir lagi. Anak haiwan dengan sendirinya pandai makan tanpa perlu ditunjuk ajar
oleh
orang tuanya.Burung dengan sendirinya dapat membuat sarang seperti yang
dibuat oleh ibunya sebelum ini.
Semenjak lahir, anak manusia telah membezakan dirinya daripada anak haiwan. Ia mempunyai perasaan rohaniah dimana ia merasa suka dan duka, ia ketawa dan menangis. Ia memiliki kehidupan batin padanya yang maan tumbuh kesedaran akan diri dan persekitarannya dan apa yang
paling penting adalah tumbuh kemampuan untuk berfikir, sehingga dapat mempelajari bahasa yang
didengari daripada
orang persekitarannya.Melalui bahasa itulah, anak manusia itu dapat menyalurkan apa jua yang
ada dalam dirinya kepada
orang di sekelilingnya. . Maka terjalinlah hubungan rohaniah di antara anak manusia itu dengan anggota masyarakat. Justeru, ia menjadi ahli masyarakat dengan meneyrtai kehidupan sosialnya.
Berdasarkan kepada perkara yang diperhatikan dalam
proses pertumbuhan anak manusia, dapatlah difahami bahawa manusia memiliki aktiviti kejiwaan,
yang memungkinkannya menyertai aktiviti
social. Kejiwaan dan
social inilah yang
tidak ada pada haiwan, sekalipun jika dipandang dari segi jasmani tidak banyak perbezaannya antara
orang hutan, cimpanzi atau
gorilla dengan manusia. Kerana itulah
Julian Huxley, seorang neo-Darwinis yang
terkenal juga menyebut manusia sebagai makhluk yang
berjiwa dan bermasyarakat.
Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri manusia ada jiwa, bahkan penganut teori evolusi pun mengakuinya.Apa yang
menjadi permasalahan adalah apakah unsur jiwa itu unsur asal yang
berdiri secara sendiri atau ia hanya merupakan fungsi atau aktiviti dari jasad dengan anggota tubuh badannya. Perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan melalui sains.Asas sains adalah penyelidikan dan eksperimen. Penyelidikan dan eksperimen hanya boleh dilaksanakan ke atas benda yang
bersifat
material sedangkan jiwa adalah perkara ghaib.
Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa menurut sains, manusia terdiri daripada jasad yang bermula dengan benda, ia tidak banyak beza dengan jasad haiwan.Akan tetapi dari segi batiniah perbezaan yang amat ketara akan kelihatan. Manusia mempunyai jiwa yang memungkinkan otak itu berfikir. Kalbunya jadi sumber penghayatan rohaniah dan tangan menjadi pangkal teknik, mewujudkan apa yang
difikirkan oleh otak dan dirasakan oleh kalbu. Sains juga telah menyediakan satu cabang khusus untuk jiwa yang
lebih dikenali sebagai psikologi. Jiwa memungkinkan individu manusia membentuk kehidupan sosial. Kehidupan sosial inilah yang
membentuk masyarakat dan di dalam masyarakatlah manusia hidup secara kemanusiaan.
No comments:
Post a Comment