Tuesday 29 March 2016

Peringkat Kejadian Manusia




1.Nutfah(Air Mani)
Peringkat pertama bermula selepas persenyawaan - berlaku pada minggu pertama dan bermula selepas percantuman antara air mani lelaki dan perempuan.
Nutfah disebut sebanyak 12 kali dan perkataan air mani disebut dalam al-Quran sebanyak 13 kali.
Diantara ayat al-Quran tersebut ialah :
         Firman Allah s.w.t yang barmaksud :
         "Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermula dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat." (Surah al-Insan : 2 )

          "Dan bahawasanyalah Dilah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani apabila dipancarkan". (Surah al-Najm : 46-47 )

2. Alaqah


*Perkataan bahasa 'Arab yang bermaksud 'sesuatu yang terganntung melekat atau bergantung' kepada sesuatu yang lain.
*Mempunyai maksud perkataan lain iaitu 'suatu buku atau ketulan darah'.
*Perkataan 'alaqah disebutkan dalam al-Quran sebanyak lima kali iaitu dalam :  surah al-Hajj ayat 5,surah al-Qiyamah ayat   37-40,surah al-Mu'min ayat 67 dan surah al-'Alaq ayat 1-3.
*Peringkat ini terbentuk pada hujung minggu pertama atau pada hari ketujuh dan telur yang disenyawakan ini akan tertanam di dinding ( qarar makin )

          "Wahai umat manusia, sekiranyakamu menaruh syak wasangka(ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk hidup semula pada hari khiamat, maka perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia kerana sebenarnya Kami telah  menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan tidak disempurnakan; Kami jadikan secara yang demikian kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu kekuasaan Kami dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim ibu yang mengandung itu apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu pelihara hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan dalam pada itu ada di antara kamu yang dimatikan semasa kecil atau semasa dewasa dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan ingatlah satu bukti lagi : Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya dengan tumbuh tumbuhan yang meruncup tumbuh dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berbagai-bagai tanaman yang indah permai" (surah al-Hajj : 5)

3. Mudghah


*Terjadi pada minggu ke-4. Dalam al-Quran menyebutkan ada dua mudghah iaitu mudghah mukhallaqah (sempurna) dan mudghah ghair mukhallaqah (tidak sempurna).
*Peringkat ini terbentuknya otak,saraf tunjang,telinga, dan anggota-anggota lain.
*Jantung juga sudah mula berdegup dan darah mula mengalir lebih banyak ke jantung bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

4. Nasyatan Khalqan Akhar


Berlakunya pada akhir minggu ke-8.
Perubahan yang berlaku ialah pertukaran embrio kepada janin.
semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna. Pada bulan ke-4,  pembentukan uri menjadi lengkap menyebabkan baki pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang telah wujud.

5. Nufkh ar-Ruh
Peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t . Ruh adalah sesuatu yang membuat manusia hidup dan ini sepenuhnya urusan Allah .
              وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
' Dan mereka bertanya kepadamu ( Muhammad ) tentang ruh . Katakanlah : ' Ruh itu termasuk urusan tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuaan melainkan sedikit . '
( AL ISRA :85) 





Video detik-detik ibu melahirkan seorang bayi,dengan ini kita sebagai umat islam dapat melihat betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T
Subhanallah.....





No comments:

Post a Comment