Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai
Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah
tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah s.a.w bersabda
yang bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah,
kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan
dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah Shallallâhu alaihi wa
sallam bersabda, “Seluruh bagian tubuh anak Adam akan (hancur) dimakan tanah
kecuali tulang ekor, darinya tubuh diciptakan dan dengannya dirakit
kembali.”
Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat
daripada tulang sulbi.
KEJADIAN MANUSIA DARI TULANG SULBI
Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kemudian
pembentukan janin bermula iaitu daripada 1 sel, ia membelah menjadi 2 sel dan
setiap sel masing2 membelah lagi dan lagi. Struktur yang mula2 dibentuk pada
janin manusia pada hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor. Semasa
proses pembentukan janin yang sempurna, hujung ekor ini terus memanjang dan
menjadi benang asas (primitive streak) dan lingkungan asas (notochord).
Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin manakala
primitive streak akan membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk badan dan
kepala janin, pita pita asas ini akan berundur secara beransur-ansur hingga ia
masuk semula ke hujung ekor (coccyx).
TULANG SULBI TIDAK AKAN HANCUR
Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya
membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam
kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan
memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau
kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan dan ternyata ia masih lagi hidup
dan masih utuh seperti biasa.
Maha suci Allah..begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini
bermakna, meskipun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam
tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun
telah beribu-ribu tahun lamanya.
Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang
sulbi
Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia
pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke
dalam siang, dan Engkau memasukkan siamg ke dalam malam. Engkau keluarkan yang
hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang
hidup" (surah Ali I'mran 3:27).
Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua daripada
hujung ekor seperti mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam rahim ibu.
Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang
coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi yang
telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang
sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk paksi janin yang lain.
"Lebih dari itu, –dan ini yang terpenting-, ‘ajbu
dz-dzanab, atau tulang ekor –sari rikadatu atau relix dalam bahasa
Hindu-Budha-, berdasarkan penelitian mutakhir, sebagaimana yang disampaikan
oleh Jamil Zaini, Trainer Asia Tenggara Kubik Jakarta ketika mengisi acara buka
puasa bersama di al Azhar-Solo Baru dengan tajuk, “Inspiring Day; Inspiring The
Spirit of Life”, tulang ekor ini merekam semua perbuatan anak Adam, dari sejak
lahir hingga meninggal dunia. Ia merekam semua perbuatan baik-buruk mereka. Dan
perbuatan mereka ini akan berpengaruh pada kondisi tulang ekornya. Putih bersih
atau hitam kotor. Semakin banyak energy positif atau kebaikan seseorang maka
semakin bersih tulang ekornya, dan semakin banyak energy negative atau
keburukan seseorang maka semakin hitamlah tulang ekornya."
No comments:
Post a Comment